Jumaat, 5 Ogos 2016

HELLO!

 


  DEFINISI NOTA 






NOTA :

  • Benda yang dicatat oleh seorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
  • Bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat dan fakta
  • Mencatat nota adalah suatu seni 
  • Memudahkan  penghafalan atau pemahaman
Sumber:Mohammad Shatar Sabran.(2005).7 Rahsia Kecemerlangan Akademik.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.



MENGAPA PERLU MENGAMBIL NOTA??  




  1. Rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa 
  2. Membantu pelajar mengimbau kembali pelajaran yang dibelajari atau dibaca
  3.  Berkesan untuk pengukuhan minda
  4. Mengembangkan pemikiran dan menghubungkan sel-sel neuron pelajar
  5. Membantu pelajar menghadapi peperiksaan


PERKARA PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA YANG EFEKTIF


  • Mencatat sumber maklumat yang diperolehi
  • Menggunakan cara menulis nota berbentuk grafik
  • Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis
  • Mengetahui idea utama
  • Menggunakan perkataan sendiri dan mudah difahami
  • Menggunakan teknik yang sesuai untuk membuat nota.
Cara-cara membuat nota
 - Annotation
  • Annotation ini adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel,bab buku,buku,laman web atau filem.
  • Penjelasan ini mestilah mempunyai maklumat bibliografi lengkap.
  • Menggariskan fakta,menandakan isi penting,menggunakan highlight dan boleh juga menggunakan pelekat
  •                            
- Outline notes
  • Frasa dan kata kunci.
  • Nota dalam bentuk points dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan.
  • Contoh outlines notes:
                 -Pengenalan Media
                 *takrifan media
                 *teori berkaitan media
                 
                 -Jenis Media
                 *media tayang bergerak
                 *media tayang kaku

                 -Kelebihan Media
                 *memudahkan penyampaian guru
                 *menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih                     berkesan.

- Column notes            
  • Nota yang dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum.
  • Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk.
  • Kolum sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan  kepada tajuk dan subtajuk.
  • Format berbentuk lajur.   
                
- Summary notes

  • Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari.
  • Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan atau bentuk perenggan.
  • Lebih fokus kepada isi penting 
  • Boleh diringkaskan dengan ayat sendiri.

 Sumber:http://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota


ASPEK PENTING MENGAMBIL NOTA


  1. Fokus
  2. Mendengar
  3. Meminta penerangan jika terdapat kekeliruan 
  4. Membuat persediaan sendiri


TIPS MENGAMBIL NOTA

  1. Gariskan huraian penting
  2. Guna ayat sendiri
  3. Tinggal beberapa ruang kosong untuk mengedit
  4. Guna kata kunci
  5. Gunakan pen pelbagai warna supaya nota kelihatan lebih menarik.
  6. Asingkan nota yang dirujuk daripada buku dengan nota yang diambil daripada kuliah atau kelas.
  7. Dapatkan gambaran kasar tentang bab yang anda baca terlebih dahulu.

TEKNIK-TEKNIK MENGINGATI



                                                 .  Hafal isi-isi penting

                                                     Teknik pembahagian nombor

                                 Kaedah Akrostik

                                 . Kaedah Bunyi Seakan

                                 . Kaedah Akronim





TEKNIK MEMBUAT NOTA 

  • TULISKAN TAJUK NOTA YANG HENDAK DIBUAT
  • MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN NOTA DENGAN LENGKAP:
-PEN
-PENSIL
-KERTAS
-BUKU CATATAN

  • KENAL PASTI KATA KUNCI.GUNAKAN FORMULA UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGINGATI:
(4W+H)
-WHAT:APA
-WHO:SIAPA
-WHEN:BILA
-WHERE:DIMANA
-HOW:BAGAIMANA

  • CATATKAN ISI-ISI PENTING SAHAJA:
-DEFINISI
-KETERANGAN
-PENJELASAN

  • LUKIS GAMBAR RAJAH ATAU CARTA YANG SESUAI:
-PETA MINDA
-NOTA OBJEKTIF
-JADUAL
-GAMBAR RAJAH VENN
-CARTA ALIR

  • PERKATAAN ATAU FRASA YANG PENTING
  • GUNAKAN SINGKATAN:
-DENGAN:DGN
-SEPERTI:SPT
-UNITED KINGDOM:U.K


                              TEKNIK  MEMBUAT NOTA



Alat-alat berfikir dalam membuat nota

  • Pengurusan Grafik
Satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun.

TUJUAN:
  1. Merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
  2. Mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
  3. Menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
  4. Menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
  5. Mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru,sempit dan berkecamuk.

CONTOH PENGURUSAN GRAFIK(PG):
  1. PG membanding dan membeza
  2. PG membuat kategori
  3. PG meneliti bahagian dan keseluruhan
  4. PG membuat sekuen
  5. PG menerangkan sebab
  6. PG membuat ramalan
  7. PG menyusul periksa andaian
  8. PG membuat inferen
  9. PG mengesahkan sumber maklumat
  10. PG menjana idea
  11. PG mencipta analogi
  12. PG mencipta metafora
  13. PG membuat keputusan
  14. PG menyelesaikan masalah

CONTOH:

Image result for pengurusan grafik


Sumber:http://kemahiran-belajar.blogspot.my/p/05-kemahiran-membuat-nota.html


  • Peta Minda
-Suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta cabang-cabang kecil sebagai huraiannya.
-Teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks.
-Penggunaan meluas dalam pendidikan.
-Teknik menggrafik yang sungguh berkesan dimana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi  pemikiran seseorang.

TUJUAN PETA MINDA:
- Mencatat nota dengan mudah.
-Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. 
-Mengingat sesuatu dengan mudah.
-Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.


KEPENTINGAN PETA MINDA:
-Menghasilkan nota
-Kreativiti
-Ingat kembali
-Penyelesaian masalah
-Perancangan
-Pembentangan 
-Penggunaan otak kanan dan kiri serentak
-Membuat sinopsis

CONTOH:

Image result for PETA MINDA


Sumber:http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf


  • Pemetaan i-Think

-Satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovasi.
-Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
-Peta pemikiran i-Think mengandungi lapan peta pemikiran:


  • CIRCLE MAP(PETA BULATAN)


  • BUBBLE MAP(PETA BUIH)


  • DOUBLE BUBBLE MAP(PETA BUIH BERGANDA)


  • TREE MAP(PETA POKOK)


  • BRACE MAP(PETA DAKAP)


  • FLOW MAP(PETA ALIR)


  • MULTI FLOW MAP(PETA PELBAGAI ALIR)


  • BRIDGE MAP(PETA TITI)





JENIS - JENIS NOTA


KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA



  • Teknik Menyoal Aras Tinggi
-Soalan yang mengarah pelajar supaya bertanya dan menggunakan pemikiran perigkat tinggi.
-Semua pembelajaran bermula dengan persoalan.Soalan mencetuskan interaksi,pemikiran ,aktiviti,perbualan atau perbahasan.
-Persoalan mencetuskan interaksi dinamik dan soalan yang baik menggalakkan penglibatan aktif pelajar.

Soalan dan Penyoalan
  1. Alat untuk menilai kebolehan,pencapaian dan kemajuan pelajar dalam sesuatu bidang,sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum.
  2. Pelbagai jenis bahan rangsangan digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Meningkatkan KBKK atau KBAT,soalan yang berasas tinggi harus diperkembangkan.

Jenis-jenis Soalan

  • Soalan bertumpu dan bercapah 
  • Lingkaran soalan 
  • Soalan kritis 
  • Soalan kreatif 
  • Penyoalan Sokratik

-Penyoalan Sokratik
  • Mendorong pelajar berfikir untuk membina konstruk dalam mempelajari sesuatu 
  • Guru mengutarakan  pelbagai soalan kerana dengan soalan tersebut,pelajar akan terdorong untuk berfikir bagi menjawab soalan.
  • Kaedah yang digunakan ialah:berdialog dan berdebat
  • Memerlukan penelitian,pembacaan,pemikiran dan memberi hujah yang dapat menjurus kepada jawapan untuk soalan yang diberi.
  • Proses interaksi antara guru dengan pelajar yang membolehkan pelajar lebih melibatkan diri berbanding guru.
-Soalan Bertumpu:

  • Memerlukan jawapan yang tetap
  • Sekiranya jawapan yang diterima berbeza dengan apa yang dikehendaki maka jawapan itu adalah salah.
  • Foidea/konsep
  • Spesifik/objektif
  • Jawapan betul atau salah
  • Memerlukan sebab atau penjelasan
....contoh:
 Apakah ibu negara Malaysia?
 Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

    -Soalan Mencapah:

    • Memerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi,kritikal,kritis,kreatif dan rasional.
    • terbuka,meluas dan subjektif.
    • mencari pelbagai jenis jawapan untuk soalan.
    • memerlukan pelbagai jenis jawapan yang betul.
    • proses penilaian membuat keputusan tentang ketepatan,kebaikan atau kesesuaian maklumat.


       contoh:


        


        ...Mengapa sesetengah komuniti tidak       prihatin terhadap pencegahan jenayah?

        ...Bincangkan kesan pencemaran terhadap kualiti kehidupan?

    -Lingkaran Soalan:

    • Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu:

    -Perkara(P) merujuk kepada idea,isu,tajuk,tema,peristiwa atau teks
    -Individu(I) merujuk kepada individu yang terlibat
    -Luar Individu(LI) merujuk kepada masyarakat,negeri,daerah,negara dan luar negara.

    • Alat-alat CoRT 1
    -Cort menggalakkan individu berfikir secara meluas.

    -Terdapat 7 jenis alat coRT:

    1. PMI:Kebaikan,keburukan dan menarik
    2. CAF:Mengambil kira semua faktor.
    3. C&S:Kesan mengikut jangka masa
    4. AGO:Tujuan,matlamat dan objektif.
    5. FIP:Keutamaan mengikut kepentingan.
    6. APC:Alternatif,kemungkinan dan pilihan
    7. OPV :Pandangan orang lain  
    •  Alat-alat coRT IV
    -Membantu meningkatkan kreativiti iaitu menghasilkan persepsi yang baru.

    -Lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral(Edward de Bono)

    -Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.

    -CoRt IV terdiri 10 teknik.

    -Alat-alat yang terdapat dalam CoRT  IV biasa digunakan adalah alat penggunaan YA,TIDAK dan PO.

    -Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK.Ia tetap mantap dan kukuh.Tidak dapat diubah dan dipindah

    -CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil PO.

    -PO merupakan satu perkataan rekaan yang baru digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian.Iaitu,kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul atau salah.   

     

    SUMBER:http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf





                                                                              

    2 ulasan: